Custom Search

Tuesday, December 21, 2010

10,000 serbu Giant Bandar Baru Kijal

KEMAMAN: Pasaraya Besar Giant di Bandar Baru Kijal, di sini, berjaya mengutip jualan melebihi setengah juta ringgit pada hari pertama operasinya, kelmarin.

Jumlah jualan itu dicatat selepas lebih 10,000 penduduk di daerah itu termasuk dari Dungun dan Hulu Terengganu menyerbu pasar raya berkenaan sempena promosi pembukaannya.


Pengarah Bahagian Makanan, GCH Retail (M) Sdn Bhd yang juga syarikat pemilik Pasaraya Giant, Ian Cruddas berkata, lokasi yang strategik selain konsep harga rendah dan penawaran pelbagai pilihan barangan menjadi faktor kepada sambutan menggalakkan itu.

“Selain memberi nilai hebat kepada pelanggan kami, syarikat ini juga komited untuk memajukan kehidupan rakyat Malaysia dengan berkhidmat kepada komuniti di sekitar kawasan operasi kami,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian pasar raya itu yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, semalam.


Cruddas berkata, Giant sentiasa bersedia memasarkan barangan keluaran pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan yang berupaya mengeluarkan produk berkualiti.


“Kami juga sedang menimbang untuk membuka lebih banyak cawangan Giant di Terengganu sekiranya diberikan peluang dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan negeri,” katanya.

Sebelum ini, syarikat itu sudah membuka pasar raya besar di Kuala Terengganu selain di Mesra Mall Kerteh yang dikenali sebagai TMC.


Sumber :- Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Pengunjung Suka...!!!!