Custom Search

Monday, December 20, 2010

Giant Bandar Baru Kijal dapat sambutan

KEMAMAN 18 Dis 2010 - Pasar raya besar Giant kini mengembangkan operasinya di negeri ini dengan pembukaan sebuah lagi premis itu di Bandar Baru Kijal dekat sini yang menelan belanja kira-kira RM21 juta.
Kewujudannya bakal membantu perkembangan bandar baru Kijal dan memesatkan penjanaan kegiatan ekonomi setempat.
Gedung membeli belah itu yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mendapat sambutan luar dugaan apabila berjaya mencatat hasil jualan melebihi setengah juta ringgit semalam.
Pasar raya Giant itu merupakan cawangan ketiga di negeri ini setakat ini selepas kewujudan Giant di Padang Hiliran, Kuala Terengganu dan pasar raya TMC di Mesra Mall dekat sini.
Pengarah Bahagian Makanan, GCH Retail (M) Sdn. Bhd., Ian Cruddas berkata, selain lokasi yang strategik dan konsep harga berpatutan, tawaran pelbagai pilihan barangan menjadi faktor sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
"Selain memberi nilai-nilai hebat kepada pelanggan, kami juga komited memajukan kehidupan rakyat Malaysia dengan memberi khidmat kepada komuniti setempat," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad berkata, Giant Bandar Baru Kijal merupakan penyewa terbesar di lokasi yang bakal dibangunkan sebagai pusat tekstil itu.
Ujarnya, pembangunan di tanah seluas kira-kira 160 hektar itu yang membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM100 juta, turut menarik perhatian sebuah gedung tekstil terkenal untuk membuka cawangannya di lokasi ini.

Sumber :- Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Pengunjung Suka...!!!!