Custom Search
Showing posts with label giant bandar baru kijal. Show all posts
Showing posts with label giant bandar baru kijal. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Kiosk Giant Bandar Baru Kijal

 Di sebalik Kiosk Giant Bandar Baru Kijal ni, ada satu cerita yang xberapa nak best...Korang tau berapa sewa bulanan kiosk ni berapa? Ambe tanya dgn MPK (Majlis Perbandaran Kemaman), sewanya RM500/bulan. Ambe try jugak nasib tuk menyewa, tapi hampa. Coz ade sesuatu yang x kena lah tu. Ambe cari kat laman web MPK. Ade iklan nye, tapi kat dalam kalendar peristiwa MPK jer. Panas sangat kot, kuar kat kalendar peristiwa tu pun xberapa hari...Pasrah je lah coz kiosk giant Kijal tu da habis disewa.
Tapi beberapa hari lepas, terjumpe iklan wall post facebook sorg warga kemaman nie. Menyatakan siapa berminat utk sewa kiosk giant bandar baru kijal ni, buleh hubungi dia. Ambe dengar cerita warga kemaman dapat lah 3 kiosk tuk dia sorg,mybe dia ni ade kabel besar kat MPK kot. Pastu amik untung dengan menyewakan kembali pada yang berminat. Dah dapat no fon warga kemaman ni, aku pun call. tanyer sewa berapa? Korg agak la berapa la warga kemaman nie nak sewakan ye?.....Nanti Ambe bagi tau eh sewa berapa yang de tawarkan....dan itu adalah harga mati, kurang xbleh dah...nak bayar lebih buleh ler...

Tuesday, December 21, 2010

10,000 serbu Giant Bandar Baru Kijal

KEMAMAN: Pasaraya Besar Giant di Bandar Baru Kijal, di sini, berjaya mengutip jualan melebihi setengah juta ringgit pada hari pertama operasinya, kelmarin.

Jumlah jualan itu dicatat selepas lebih 10,000 penduduk di daerah itu termasuk dari Dungun dan Hulu Terengganu menyerbu pasar raya berkenaan sempena promosi pembukaannya.


Pengarah Bahagian Makanan, GCH Retail (M) Sdn Bhd yang juga syarikat pemilik Pasaraya Giant, Ian Cruddas berkata, lokasi yang strategik selain konsep harga rendah dan penawaran pelbagai pilihan barangan menjadi faktor kepada sambutan menggalakkan itu.

“Selain memberi nilai hebat kepada pelanggan kami, syarikat ini juga komited untuk memajukan kehidupan rakyat Malaysia dengan berkhidmat kepada komuniti di sekitar kawasan operasi kami,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian pasar raya itu yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, semalam.


Cruddas berkata, Giant sentiasa bersedia memasarkan barangan keluaran pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan yang berupaya mengeluarkan produk berkualiti.


“Kami juga sedang menimbang untuk membuka lebih banyak cawangan Giant di Terengganu sekiranya diberikan peluang dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan negeri,” katanya.

Sebelum ini, syarikat itu sudah membuka pasar raya besar di Kuala Terengganu selain di Mesra Mall Kerteh yang dikenali sebagai TMC.


Sumber :- Harian Metro Online

Thursday, December 16, 2010

Pre-Opening Giant Kijal

Giant Malaysia

Giant Superstore Kijal Pre-Opening Specials!
Valid for 16 Dec 2010 only
.



Giant Mall Kijal akan dirasmikan MB pada jumaat ni 17/12/2010 pukul 3.00 petang. Jemput datang semua, ada makan giant sponsor.




Giant Kijal akan dibuka dari 8.00 pg - 12.00 tghmlm pada 16/12-19/12/2010 sahaja.
Waktu Urusniaga biasa dari 10.00 pg - 10.00 mlm.


Pengunjung Suka...!!!!