Showing posts with label Berita Bandar Baru Kijal. Show all posts

Thursday, January 5, 2012
Saturday, March 12, 2011
Tsunami dari Bandar Baru Kijal
Kesan Tsunami Di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 11 Mac 2011
Tuan punye blog Bandar Baru Kijal ni sebenarnya nak kongsi video kesan tsunami kat Malaysia, tapi belum belajar lagi cara nak share video kat blog ni. Jadi klik je lah kat link tu kalau nak tengok video ni ye...Bagi sesiapa yang tahu cara nak share video kat blog tu, sudi-sudikan lah diri tu tinggal komen..
ps : ape aku merapek nie...geng2! komen ler banyak...

Sunday, January 2, 2011
ECER tarik pelaburan lebih RM36.5 bilion
Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my
2011/01/01Pelaksanaan pelbagai inisiatif bantu tingkat penyertaan syarikat luar rangsang pembangunan
WILAYAH Ekonomi Pantai Timur (ECER) menarik pelaburan bernilai RM36.5 bilion dan telah memulakan semua projeknya di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 2010.
Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John, berkata 2010 adalah tahun yang rancak bagi ECER yang mana pelbagai pencapaian penting dilaksanakan selain ECER juga lebih agresif dalam menarik pelaburan terutama dari Asia Barat, China dan India.
“Daripada RM36.5 bilion pelaburan yang diterima daripada 2007 hingga November 2010, ECERDC telah menerima RM15.3 bilion meliputi 158 projek dan mewujudkan sejumlah 17,500 peluang pekerjaan baru,” katanya dalam temubual dengan Berita Harian baru-baru ini.
Jebasingam berkata, antara pencapaian penting ECER pada 2010 ialah pelaksanaan projek prasarana, seperti pembinaan Loji Rawatan Air Panching, berdekatan Kuantan, projek prasarana bagi Kelompok Perindustrian Minyak Sawit (POIC) fasa kedua Taman Industri Automotif Pekan (Pekan AIP) serta Taman Halal Gambang di Pahang dan Taman Halal Pasir Mas di Kelantan, serta kerja pembinaan yang sedang berlangsung di Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas, Pahang.
Beliau berkata, ECERDC diamanahkan kerajaan bagi menyelia pembangunan projek komuniti bagi prasarana dan sosio ekonomi di kawasan yang dulunya ditadbir Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ).
“Di bawah RMK-9, sejumlah RM49.5 juta diperuntukkan bagi meningkatkan penyenggaraan kawasan berkenaan termasuk menaik taraf sistem jalan raya dan perparitan, serta pelaksanaan projek sosio-ekonomi termasuk menaik taraf kawasan tumpuan seperti gerai makan, surau, taman permainan, medan selera dan kemudahan sukan,” katanya.
Jebasingam berkata, dari sudut pelaburan pula, tahun ini ECERDC menarik pelaburan berjumlah RM620 juta daripada Oilfields Supply Centre Ltd (OSC) dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk membina sebuah pangkalan bekalan pengguna bersama di Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas, Pahang.
Beliau berkata, di China pula, Xiamen Zhong Seng Oil dan Grains Company Ltd telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan ECERDC untuk bekerjasama dalam aktiviti hiliran minyak sawit bernilai RM100 juta.
“Selain itu, projek bernilai RM40 juta juga diluluskan bagi usaha sama antara TP Silicon Metal Sdn Bhd dan Chongqing Magnetic Foreign Co Ltd untuk aktiviti pembuatan di Taman Industri Berat Kemaman di Terengganu,” katanya.
Jebasingam berkata, projek ECER adalah seiring dengan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi memastikannya sejajar dengan Model Baru Ekonomi (MBE) yang mana projek berkenaan dilaksanakan memberi penekanan terhadap Projek Permulaan (EPP) yang memfokuskan kepada projek pelaburan swasta yang bakal menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara kasar (PNK).
Beliau berkata, antara contoh terbabit ialah Pembangunan Kelompok Herba Wilayah di ECER yang bermatlamat memacu pembangunan industri herba dan bioteknologi ECER, mempromosikan pertumbuhan ekonomi di kawasan luar bandar, memberikan lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan untuk penduduk tempatan selain membantu meningkatkan pendapatan mereka.
“Sebagai sebahagian strategi pembangunan penumpuan oleh Kerajaan, penekanan berterusan akan diberikan kepada Zon Ekonomi Khas ECER (ECER SEZ) di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).
“Daerah Kuantan telah dicadangkan sebagai salah satu kawasan pertumbuhan di Semenanjung Malaysia di bawah Pelan Fizikal Negara Kedua,” katanya.
Mengenai perancangan ECERDC untuk 2011, Jebasingam berkata, pihaknya merancang pelbagai pendekatan termasuk yang paling penting memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual dan berkesan seperti pembangunan kelompok industri minyak sawit di Kuantan bagi menjana aktiviti hiliran dan menggalakkan pelancongan persisiran pantai di Cherating, Pantai Sepat dan Kijal.
“ECER juga akan terus menarik lebih ramai pelabur dan mempromosikan pembangunan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Pengunjung Suka...!!!!
-
Bank Rakyat Cawangan Kemaman K 12086 & K 12087, Jalan Kubang Kurus, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman Email: kemaman@bankrakyat...
-
Akademi Digital Animasi Dan Media A-13-3, Level 13, HB Tower, Megan Avenue 11, No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450, KUALA LUMPUR. Tel : 03...
-
Rebut kawasan bukit Laporan SUHAIDI MOHAMED AMIN am@hmetro.com.my SEKALI dengar namanya, ramai menyangka Kampung Bukit Anak Dara di Kem...
-
Jawatan kosong di bintulu kontrak 4thn (berminat? sila email resume di ultimate@udsb.com.my @ hubungi En. Saiday 013-9305501 @ 09-8502261 )....
-
Jawatan kosong PFCE Temuduga terbuka. Peluang pekerjaan di offshore dan onshore. -General Supervisor -Const. Supervisor -Rigger Foreman -Ri...
tags
jawatan kosong kemaman
(9)
Bandar Baru Kijal
(8)
Luar Bandar Baru Kijal
(5)
CERPEN LOGHAT TERENGGANU
(4)
Iklan Bandar Baru Kijal
(4)
Berita Bandar Baru Kijal
(3)
giant bandar baru kijal
(3)
Contest
(2)
DUN Kijal
(2)
Giant Mall Kijal
(2)
IJT Bandar Baru Kijal
(2)
Peluang Perniagaan Kemaman
(2)
Social good
(2)
TATiUC
(2)
bandar baru kijal 2011
(2)
info bandar baru kijal
(2)
sukan bandar baru kijal
(2)
2012
(1)
3 Layer Tea
(1)
55 tahun
(1)
55 tahun merdeka
(1)
Alamat Bank
(1)
Alamat IPTA/IPTS/Kolej
(1)
Anak Dara Kijal
(1)
Awana Kijal
(1)
Blog Contest
(1)
Blogger Contest
(1)
Direktori
(1)
Giant Hypermarket Kijal
(1)
Homestay
(1)
Kerjaya
(1)
Lemang Bandar Baru Kijal
(1)
Looking for
(1)
Mesra Mall
(1)
Mybest kiosk
(1)
New Movie
(1)
Pantai Penunjuk Kijal
(1)
Sek Men Keb Kijal
(1)
Survey
(1)
Tekno baru kijal 2011
(1)
Tips memohon kerja
(1)
iklan
(1)
iklan raya
(1)
jawatan kosong kuantan
(1)
kursus
(1)
latihan
(1)
lawak bandar baru kijal
(1)
merdeka
(1)
merdeka 2012
(1)
milkadeal bandar baru kijal
(1)
pantai bandar baru kijal
(1)
raya
(1)
raya iklan
(1)
slim bandar baru kijal
(1)
tips
(1)