Custom Search
Showing posts with label IJT Bandar Baru Kijal. Show all posts
Showing posts with label IJT Bandar Baru Kijal. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Pakar Institut Jantung Terengganu (Kijal)

Pakar anak negeri teraju Institut Jantung negeri

KUALA TERENGGANU 9 Ogos - Kerajaan negeri memutuskan untuk melantik seorang anak Terengganu yang merupakan doktor pakar terkenal di negara ini sebagai pengarah urusan pertama Institut Jantung Terengganu di Kijal, Kemaman.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagaimanapun tidak menyebut butiran sebenar doktor pakar berkenaan yang akan menerajui institusi itu yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan rakyat.
Beliau memberitahu, tokoh itu merupakan satu-satunya doktor pakar yang mampu melakukan kaedah pembedahan tanpa perlu menghentikan jantung dan kepakarannya itu dikagumi ramai.
Menurutnya, doktor pakar berkenaan itu turut memberikan khidmatnya di sebuah klinik pakar milik kerajaan Terengganu di Kuala Lumpur.
"Kita (Terengganu) ada sebuah klinik pakar di Kuala Lumpur dan salah seorang doktor pakarnya adalah anak jati Terengganu. Dia merupakan satu-satunya doktor pakar yang melakukan pembedahan tanpa mematikan jantung.
"Beliau akan kita lantik sebagai MD (pengarah urusan) di Institut Jantung Negeri Terengganu di Kijal, Kemaman," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Ahmad memberitahu, institut berkenaan terletak di satu lokasi di tepi pantai dan berdekatan tasik di Kijal dan premis itu merupakan bekas resort.
Beliau menjelaskan, harga asal resort tersebut adalah sekitar RM60 juta dan kerajaan negeri membelinya pada harga lebih rendah iaitu RM25 juta.
"Kerajaan wujudkan di Kijal bukan kerana saya (Menteri Besar) orang Kijal tapi atas faktor kesesuaiannya dengan konsep pelancongan kesihatan selain harganya murah," ujarnya sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Harun Taib (Pas-Manir).
Ahmad berkata, kerja-kerja mengubah suai bangunan institut jantung tersebut dijangka mula dilaksanakan tidak lama lagi.
Selain itu jelasnya, kerajaan negeri sentiasa memberi peluang kepada anak jati Terengganu menguasai ilmu perubatan.
Beliau menarik perhatian tahun ini, seramai 150 orang pelajar akan dihantar mengikuti pengajian dalam bidang itu di luar negara.

Sumber :- Utusan Online

Thursday, February 10, 2011

Institut Jantung Terengganu (Bandar Baru Kijal)

Institut Jantung Terengganu Dijangka Beroperasi Tahun Depan

KEMAMAN, 10 Julai 2010 (Bernama) — Institut Jantung negeri Terengganu dijangka mula beroperasi tahun depan sebaik sahaja proses pengubahsuaian bangunan Strawberry Kijal Resort Apartment di Senajang Teluk selesai.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata proses pengubahsuaian bangunan yang telah dibeli oleh kerajaan negeri itu dijangka dilakukan dalam tempoh sebulan dua lagi.
“Selain menempatkan institut jantung, kami juga bercadang untuk menempatkan dua lagi pusat perubatan iaitu institut kanser dan institut strok,” katanya ketika berucap pada sambutan hari guru peringkat Kemaman di sini.
Ahmad yang ditemui pemberita selepas majlis itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pembukaan institut jantung negeri itu.
Sementara itu, Ahmad berkata sebanyak RM135 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi tujuan pendidikan tahun ini, manakala RM107 juta lagi diperuntukkan kepada Yayasan Terengganu bagi membantu membiayai pelajaran anak-anak negeri ini.

Sumber :- BERNAMA

Ambe (tuan punye blog) : Sejak ADUN Kijal jadi MB Terengganu ni, macam2 projek yang menarik dan bagus telah dibangunkan serta dirancang. Semoga kewujudan Bandar Baru Kijal dan IJT dapat membantu menaikkan lagi taraf hidup, pendidikan serta kesihatan penduduk Kijal khasnya dan Kemaman amnya.

Pengunjung Suka...!!!!