Custom Search

Friday, April 1, 2011

Utusan Taja Sek Men Keb Kijal

1MDB taja Utusan Malaysia 100 sekolah

KEMAMAN 29 Mac - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menaja akhbar Utusan Malaysia bernilai RM147,000 kepada 100 buah sekolah di seluruh Semenanjung sepanjang tahun ini.
Tajaan itu bertujuan membolehkan sekolah-sekolah terpilih memanfaatkan sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran.
Naib Presiden Kanan Komunikasi Korporat 1MDB, Syahriza Embi memberitahu, ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial dalam usaha memperkasakan institusi sekolah terutama di kawasan luar bandar.
"Kita memilih antara lapan hingga 10 buah sekolah di setiap negeri dan setiap sekolah akan menerima 50 naskhah pada setiap hari Khamis, yang mana sisipan itu diterbitkan bersama Utusan Malaysia.
"Agihan sudah dimulakan bulan ini," ujarnya pada majlis penyerahan tajaan Utusan Malaysia kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Presiden (Tanggungjawab Sosial Korporat) 1MDB, Azura Aini Annuar.
Ia disampaikan oleh Syahriza kepada pengetua sekolah itu, Md. Nazeri Hassan dalam majlis ringkas yang disaksikan oleh para pelajar.
1MDB merupakan sebuah syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan yang memberi fokus kepada pembangunan dalam sektor hartanah strategi, tenaga, pelancongan dan agrobisnes.
Sementara itu, Md. Nazeri berkata, beliau menghargai sumbangan syarikat korporat yang berusaha melalui cara tersendiri untuk bersama-sama membangunkan aspek pendidikan anak bangsa.
Katanya, selain sisipan berkenaan, sumbangan itu juga akan mendekatkan para pelajar dengan media arus perdana dan mendedahkan mereka dengan maklumat serta perkembangan semasa.

Sumber: Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Pengunjung Suka...!!!!