Custom Search

Saturday, February 26, 2011

Lemang Diraja Kijal (Bandar Baru Kijal)

 Assalamualaikum w.b.t,
Para pengunjung blog Bandar Baru Kijal. Hari ini, ambe ada godek-godek Garmin Map dalam handphone ambe ni. Terjumpa lah pulak dengan lokasi Lemang Diraja Kijal ni. Tak tahu lah pulak ambe selama ni ada Lemang Diraja kat kampung Kijal ambe ning. Oleh yang demikian apa lagi, terus lah aku buat post blog untuk kongsi dengan para pengunjung blog Bandar Baru Kijal ambe nih. Bukan mende(apa), mana tau kot2 ada di antara para peminat lemang Kijal ada lagi yang tidak tahu menahu tentang kewujudan Lemang Diraja ni. Jadi kat blog post nie, ambe serta kan koordinat Lemang Diraja yang ambe ambil dari garmin hp ambe ini. Koordinatcoordinate Lemang Diraja Kijal ialah 
N 04° 19.941' E 103° 28.909'  
Jadi jika anda berminat atau ingin mencuba lemang Diraja ni, sila search kat garmin. Tak pun try tanya penduduk Kijal, tapi ambe rasa masih ramai lagi warga Kijal belum mengetahui pasal kewujudan lemang diraja ni di kampung mereka. Jarak gerai lemang ni lebih kurang 6 km jer kot dari Bandar Baru Kijal.
Lemang Diraja. Food & Drink: Specialty Food Product (Very Tasty and Cheap) Kijal, Kemaman, Terengganu.







p/s : Buluh yang hangit itu jangan disangka tidak enak isinya, cuba dulu baru tahu keenakannya...dan yang penting murah. 

1 comment:

  1. xtahu pulak kt kijal nie ade lemang diraja....

    ReplyDelete

Pengunjung Suka...!!!!