Custom Search

Friday, February 4, 2011

1st Malaysia automatic car park (Bandar Baru Kijal)

"Pada mulanya aku terbayang2 parking ni macam dalam filem 'Tokyo Drift' tu....emmmm....mesti canggih kang"

 Tapi beginilah rupa bentuk automatic car park pertama di Malaysia.Oklah tu, perintis la katakan mesti la ada banyak lagi perlu dipelajari. Bila la pulak ADUN Kijal kita nak buat parking macam nie kat Bandar Baru Kijal eh? boleh ke?....hehehe...one day, maybe.....Tak la sehebat auto parking dalam filem Tokyo Drift tu, tapi masih lagi berteknologi kan.
Macam tak percaya je, Terengganu menjadi negeri pertama di Malaysia yang menggunakan  teknologi tempat letak kereta automatik. Terengganu membelanjakan RM 9.8 juta untuk kos keseluruhan membina tempat letak kereta tersebut. ADUN Kijal selaku Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, orang awam tidak perlu bimbang utk guna parking ini krn ia dilengkapi pelbagai ciri yg menjamin keselamatan kenderaan. Ahad 6 Febuari 2011, orang awam diberi peluang mencuba parkir tersebut yg terletak di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu.Parkir ini mampu tampung 200 kenderaan bersaiz biasa pada satu-satu masa. Parkir ini beroperasi setiap hari kecuali hari jumaat,ia akan bermula 7 pagi hingga 6 ptg dgn caj RM2.50/jam dan RM1/jam berikutnya. Pengguna juga boleh menyewa secara bulanan dengan bayaran RM150/bulan. Parkir ini dikawal selia kakitangan MBKT.   

No comments:

Post a Comment

Pengunjung Suka...!!!!