Custom Search

Thursday, February 10, 2011

Institut Jantung Terengganu (Bandar Baru Kijal)

Institut Jantung Terengganu Dijangka Beroperasi Tahun Depan

KEMAMAN, 10 Julai 2010 (Bernama) — Institut Jantung negeri Terengganu dijangka mula beroperasi tahun depan sebaik sahaja proses pengubahsuaian bangunan Strawberry Kijal Resort Apartment di Senajang Teluk selesai.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata proses pengubahsuaian bangunan yang telah dibeli oleh kerajaan negeri itu dijangka dilakukan dalam tempoh sebulan dua lagi.
“Selain menempatkan institut jantung, kami juga bercadang untuk menempatkan dua lagi pusat perubatan iaitu institut kanser dan institut strok,” katanya ketika berucap pada sambutan hari guru peringkat Kemaman di sini.
Ahmad yang ditemui pemberita selepas majlis itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pembukaan institut jantung negeri itu.
Sementara itu, Ahmad berkata sebanyak RM135 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi tujuan pendidikan tahun ini, manakala RM107 juta lagi diperuntukkan kepada Yayasan Terengganu bagi membantu membiayai pelajaran anak-anak negeri ini.

Sumber :- BERNAMA

Ambe (tuan punye blog) : Sejak ADUN Kijal jadi MB Terengganu ni, macam2 projek yang menarik dan bagus telah dibangunkan serta dirancang. Semoga kewujudan Bandar Baru Kijal dan IJT dapat membantu menaikkan lagi taraf hidup, pendidikan serta kesihatan penduduk Kijal khasnya dan Kemaman amnya.

1 comment:

  1. Pasni ramai lah org2 kaya datang ke kijal tuk baiki jantong depa....bertambah membangun lah kijal dan sekitarnyer...insyaAllah...

    ReplyDelete

Pengunjung Suka...!!!!