Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my
KEMAMAN 12 Okt 2010. - Kolej Universiti TATi (TATiUC) di sini yang diwujudkan dengan misi menjadi institusi kemahiran bertaraf dunia bagi melahirkan teknokrat dalam pelbagai lapangan industri, kini terus bergerak ke arah itu.
Institusi milik penuh kerajaan negeri itu mengambil pelbagai langkah memperkasakan bidang akademik dan penyelidikan untuk melonjak setapak lagi, mengukuhkan kedudukan bagi menjadi universiti kemahiran menjelang 2015 dan menampung lebih ramai pelajar.
Selari dengan itu, ia bakal menawarkan pelbagai kursus peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam tempoh masa yang disasarkan itu manakala tenaga akademiknya terus dihantar menyambungkan pengajian di peringkat tertinggi.
Menurut Rektornya, Dr. Mohd. Rozailan Mamat, dengan kepakaran dan kemudahan yang sentiasa dibangunkan, di samping komitmen semua kakitangan, TATiUC mampu berada pada kedudukan itu.
Katanya, peningkatan jumlah pelajar yang mencecah 1,669 turut menjadi petunjuk bahawa institusi semakin diyakini oleh masyarakat dari segi kualiti graduan yang dikeluarkan.
Beliau menyatakan demikian pada majlis Konvokesyen TATiUC Ke-4, di kampus itu di sini baru-baru ini. Majlis disempurnakan oleh Canselor TATiUC, Tan Sri Ir. Wan Abdul Rahman Wan Yaakob.
Majlis itu melibatkan 375 graduan, 234 daripadanya peringkat diploma, 119 graduan diloma tinggi (HnD) manakala selebihnya adalah di peringkat sijil.
Beliau menarik perhatian, TATiUC telah mendapat kerjasama beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) luar negara dalam bidang akademik dan penyelidikan termasuklah MIE University (Jepun), Universiti Sumatera Utara (Indonesia) dan Queen's University of Belfast (Ireland).
''Melalui kerjasama ini, TATIUC akan membangunkan penyelidikan dalam bidang robotik dan kejuruteraan polimer yang sedang dikembangkan di negara ini.
''Selain itu, kerjasama dengan IPT antarabangsa akan dikembangkan bagi pertukaran tenaga pengajar dan pelajar serta penyediaan peluang pengajian pasca siswazah," ujarnya.
Semenjak ditubuhkan pada 1993 sehingga kini TATiUC telah melahirkan seramai 2,382 graduan.
TATiUC dikenali menerusi program-program diploma dan ijazah yang berteraskan kemahiran dengan 70 peratus daripada sistem pembelajarannya bersifat praktikal.
Bagi menyediakan lebih banyak kemudahan setara dengan IPT yang lain, kampus induk TATiUC dijangka siap sepenuhnya pada 2014 yang turut dilengkapi dewan konvokesyen, perpustakaan dan kompleks sukan yang lebih kondusif.
Katanya, TATiUC akan terus membangunkan kemudahan-kemudahan pembelajaran lengkap dan terkini dari semasa ke semasa yang telah diperakui oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) setanding dengan institusi ternama lainnya.
''Selain MQA, pihak industri juga telah memberi komen yang positif terhadap peralatan makmal dan mesin yang dimiliki oleh TATiUC," ujar beliau.
TATiUC juga katanya, telah menjalankan program untuk melatih para graduan menganggur mulai 2002 melibatkan penyertaan lebih 1,000 orang.
''Objektif utama program ini membantu para graduan meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya robotik, minyak dan gas, pembuatan dan teknologi maklumat," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Ahmad Razif Abdul Rahman memberitahu pemberita, dalam tempoh dua tahun lagi, institusi pengajian itu akan turut melahirkan lulusan ijazah pertama.
Katanya, graduan yang cemerlang juga berpeluang melanjutkan pengajian di luar negara melalui pembiayaan Yayasan Terengganu.

No comments:
Post a Comment